Rodney King
Rodney King

Rodney King

Rodney Glen King (2 April 1965 –17 Jun 2012) merupakan seorang pekerja buruh dan kemudiannya seorang aktivis dan penulis dari Amerika Syarikat.Pada 3 Mac 1991, King diserang beberapa pegawai Jabatan Polis Los Angeles berikutan penahanannya di Lebuh raya Negeri California 210. Kejadian tersebut dirakam dan dihantar ke media berita yang menyiarkannya sehigga menjadi tumpuan seluruh negara, malah ke seluruh dunia. Keempat-empat pegawai yang dikenalpasti dibicarakan namun dilepaskan atas keputusan juri mahkamah. Kemarahan yang diungkitkan daripada keputusan ini menyebabkan berlakunya suatu rusuhan besar pada tahun berikutnya yang berlarutan selama enam hari sebelum dileraikan hasil campur tangan California Army National Guard serta Tentera Darat dan Kor Marin Amerika Syarikat; rusuhan ini mengorbankan 63 orang sambil 2,373 orang yang lain tercedera. King sendiri cuba bergiat agar mewujudkan persefahaman semula antara pihak polis dengan masyarakat setempat yang terjejas kerana membelanya.

Rodney King

Pekerjaan Penulis, aktivis
Pasangan Cynthia Kelley[1]
(2010–2012; kematiannya)
Terkenal kerana Victim of a police brutality case that led public protests and riots.
Meninggal dunia 17 Jun 2012(2012-06-17) (umur 47)
Rialto, California, A.S.
Karya terkenal The Riot Within: My Journey from Rebellion to Redemption
Sebab kematian Drowning
Keluarga Keith Powers (sepupu)
Kelahiran Rodney Glen King
(1965-04-02)2 April 1965
Sacramento, California, Amerika Syarikat
Tempat ditanam Forest Lawn Memorial Park, Hollywood Hills, A.S.